PENTING!!
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822
Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com
SMS / call talian : 019-5595822
Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com
Thursday, January 23, 2020
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3(1)
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3(1)
- UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
- UNIT PENGAKAP MUDA
- UNIT PENGAKAP REMAJA
PERMAKLUMAN AWAL.
Tarikh : 28-29 Feb-1 Mac 2020
Hari : Jumaat-Ahad
Masa Pendaftaran : 3 petang - 28hb Feb 2020 (Jumaat)
Masa Tamat : 4 petang - 1hb Mac 2020 (Ahad)
Tempat: Pusat Latihan Kepimpinan Pelajar MARA,
Changkat Berangan Lenggong Perak. (PUSKEP)
Bayaran Penyertaan : RM130
Syarat Penyertaan:-
1. Telah memiliki sijil Pengenalan
2. Telah memiliki sijil Peringkat Satu unit yg disebut diatas.
3. Telah menyiapkan tugasan Peringkat II dan mempunyai buku log peringkat II.
4. Semua peserta dari tahun 2016 sehingga 2019
Permohonan boleh diajukan melalui Pengerusi Latihan Daerah masing-masing.
Satu surat panggilan dan surat pelepasan JPN akan dikeluarkan dlm masa terdekat ini.
Sekian. Terima kasih.
Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Perak
Thursday, January 16, 2020
KEM UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA 1, PERINGKAT NEGERI PERAK 2020
Kepada Calon Pengakap Raja 2020 yang layak (Sila Rujuk Lampiran)
Kem Ujian Penarafan Pengakap Raja, Bahagian 1 Peringkat Negeri Perak 2020 akan diadakan seperti tetapan berikut:
Tarikh : 20 hingga 23 Februari 2020
Tempat : Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit, Perak
Semoga semua Calon Pengakap Raja siap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran ini. Sebarang Pertanyaan sila hubungi Tn. Raymond ditalian +60 12-630 9529
Syabas dan Tahniah diucapkan.
Thursday, January 9, 2020
PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2020
YBhg. Tuan/Puan,
PENDAFTARAN KEAHLIAN
TAHUNAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2020
Dengan
hormat dan sukacitanya, saya menarik perhatian YBhg. Tuan/Puan merujuk perkara
di atas.
2. Tempoh keahlian pengakap bagi tahun 2019
akan tamat pada 31 Mac 2020. Proses pendaftaran keahlian pengakap bagi tahun 2020
boleh dibuat mulai sekarang.
3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah
diingatkan untuk mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut;
3.1 Semua pendaftaran keahlian pengakap hendaklah
menggunakan Borang Pendaftaran Keahlian
2020 (Perak). Borang yang telah lengkap, hendaklah diserahkan kepada
Pesuruhjaya Daerah masing-masing.
Borang
Pendaftaran keahlian 2020 boleh dimuat turun di laman sesawang http://ppmperak.blogspot.com/
3.2 Adalah menjadi satu kesalahan,
menjalankan aktiviti kepengakapan sekiranya kumpulan/sekolah tidak berdaftar
dalam tahun semasa. Kumpulan/sekolah juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti kepengakapan
di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).
4. Berikut adalah kadar kutipan yuran yang
ditetapkan oleh ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia bagi Tahun 2020.
YURAN
KADAR
a) Pengakap Kanak-kanak/ Pengakap Muda
Pengakap
Remaja RM
7.00
b) Pemimpin/Pengakap Kelana/Ahli Bersekutu RM10.00
c) Pendaftaran Kumpulan Baharu RM10.00
Bersama ini disertakan borang-borang yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah masing-masing.
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Batang Padang
Pn. Natrah bt. Ahmad +6011 2428 3452
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Larut Matang & Selama
Tn. Hj. Md Radzi b. Ismail +6019 512 7355
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Manjung
Tn. Ramlan b. Hussin +6019 527 6945
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kerian
Tn. Azzat b. Habibullah +6012 409 0656
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kuala Kangsar
Tn. Aminudin b. Mat Ludin +6013 593 6020
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Perak Tengah
Tn. Zahari b. Omar +6012 268 9704
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kinta Selatan
Tn. Mohamad Zamri b. Ismail +6012 670 0044
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Hilir Perak
Tn Amin b. Hamzah +6013 401 2257
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Kinta Utara
Tn. Ainal Suhaidi b. Adnan Suhaimi +6018 258 4569
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Hulu Perak
Tn. Syahrul Nizam b. Ramli +6012 668 2736
Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Bagan Datuk
Tn. Afizam b. Hasan +6013 290 8385
Subscribe to:
Posts (Atom)