PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Friday, December 4, 2015

PINGAT PERINGATAN JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK 2014 (PIJ'14)

Sempena Jambori Antarabangsa Pengakap Perak 2014 (PIJ'14), Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMNPk) telah melancarkan Pingat Peringatan Jambori Antarabangsa Pengakap Perak 2014.


PINGAT PERINGATAN JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK 2014(EMAS)
Pingat ini dianugerahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja (Exco), Ahli Kehormat, Pesuruhjaya, Pemimpin dan Orang Perseorangan baik diperingkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti dalam pembangunan dan kecemerlangan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.


PINGAT PERINGATAN JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK 2014(PERAK)
Pingat ini dianugerahkan kepada Pesuruhjaya, Pemimpin Kelana dan Orang Perseorangan yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti dalam pembangunan dan kecemerlangan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.

Nota: 
Pemimpin atau orang perseorangan yang berminat untuk menyumbang dalam pembangunan kecemerlangan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak boleh hubungi;

KOPERASI PENGAKAP NEGERI PERAK BERHAD.
No.20 Medan Istana 7,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, PERAK
(u.p: Tn. Hj. Khairul b. Hj. Abu Kassim- 019-5595822)

Borang Tempahan
 

BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK





  
BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, NEGERI PERAK
Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak ini telah dimahsurkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 25 November 2014 sempena Jambori Antarabangsa Pengakap Perak 2014.



BINTANG SERI MAHARAJA LELA (BSML) EMAS
(Kalung, Reben dan Sijil)

Bintang Seri Maharaja Lela (Emas) Pengakap Negeri Perak adalah anugerah tertinggi Pengakap Negeri Perak. Bintang ini boleh dianugerahkan kepada Ahli Jawatankuaasa Kerja (Exco), Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNPk) dan Orang-orang kenamaan Kehormat.

Bagi mereka yang telah atau sedang menyandang jawatan sebagai;
a)      Yang DiPertua, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak
b)      Timbalan/ Naib Yang DiPertua, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak
c)       Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak
d)      Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak
e)      Ketua PesuruhjayaPengakap Negeri
f)       Orang perseorangan yang setaraf atau yang lebih tinggi kedudukannya (a hingga f di atas) yang telah berjasa dan membantu Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dalam pembangunannya atau dalam keadaan yang luar biasa Pemimpin atau Pesuruhjaya yang telah menunjukkan jasa yang luar biasa kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.

Bintang ini hanya akan dianugerahkan TIDAK LEBIH DARI 7 orang penerima bagi setiap tahun.

Bintang ini tidak boleh dianugerahkan sekiranya penerima telah pun menerima anugerah yang lebih rendah tarafnya kurang dari 2 tahun.






BINTANG SERI MAHARAJA LELA (BSML), PERAK.
(Kalung, Reben dan Sijil)

Bintang Seri Maharaja Lela (Perak) dianugerahkan kepada Pesuruhjaya Daerah hingga Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Orang-orang kenamaan Kehormat.

Telah menjadi Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMNPk) selama 4 tahun berturut-turut (dan/atau telah menjadi Pemimpin Kumpulan selama 18 tahun berturut-turut) dan telah memimpin kumpulan dengan menjayakan sekurang-kurangnya 4 projek dan acara-acara Kepengakapan diperingkat negeri, kebangsaan dan telah membuat satu perubahan dalam pembangunan PPMNPk.

Antara mereka yang layak dianugerahkan Bintang Seri Maharaja Lela- Perak adalah;
a.       Ahli Majlis Pengakap Negeri Perak
b.      Ketua Pesuruhjaya Negeri
c.       Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri
d.      Pesuruhjaya Daerah
e.      Orang perseorangan yang setaraf atau yang lebih tinggi kedudukannya (a hingga e di atas) yang telah berjasa dan membantu Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dalam pembangunannya atau dalam keadaan yang luar biasa Pemimpin atau Pesuruhjaya yang telah menunjukkan jasa yang luar biasa kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.
Bintang ini hanya akan dianugerahkan TIDAK LEBIH DARI 15 orang penerima bagi setiap tahun.

Bintang ini boleh dianugerahkan kepada warganegara asing yang telah berjasa atau mengharumkan nama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dan Negara.
Bintang ini tidak boleh dianugerahkan sekiranya penerima telah pun menerima anugerah yang lebih rendah tarafnya kurang dari 2 tahun.




PINGAT DATO’ SAGOR (PDS) – EMAS
(Pingat, Reben dan Sijil)

Pingat Dato’ Sagor (PDS) – Emas dianugerahkan kepada Pemimpin dan Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak sahaja.

Telah berkhidmat dan berdaftar dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMNPk) selama 5 tahun berturut-turut dan telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 10 kerja amal (sekurang-kurangnya 2 acara setiap tahun) diperingkat negeri atau kebangsaan dan antarabangsa.

Pingat ini HANYA BOLEH DIANUGERAHKAN kepada TIDAK LEBIH DARI 20 penerima untuk setiap tahun.

Pingat ini boleh dianugerahkan kepada Pengakap Kelana dan pemimpin negeri lain atau warganegara asing yang telah berjasa dan mengharumkan nama PPMNPk.




PINGAT DATO’ SAGOR (PDS) – PERAK
(Pingat, Reben dan Sijil)

Pingat Dato’ Sagor (PDS) – Perak  dianugerahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak, Pemimpin dan Pengakap Kelana sahaja.

Telah berkhidmat dan berdaftar dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPMNPk) selama 5 tahun berturut-turut dan telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 10 kerja amal (sekurang-kurangnya 2 acara setiap tahun) diperingkat negeri atau kebangsaan dan antarabangsa.

Pingat ini HANYA BOLEH DIANUGERAHKAN kepada TIDAK LEBIH DARI 25 penerima untuk setiap tahun.

Pingat ini boleh dianugerahkan kepada Pengakap Kelana dan pemimpin negeri lain atau warganegara asing yang telah berjasa dan mengharumkan nama PPMNPk.


SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PPM PERAK

KATEGORI : BINTANG SERI MAHARAJA LELA - EMAS

1. YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR (2014)
    Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

2. YBHG. TAN SRI DATO' SERI PADUKA DR. SHAFIE BIN HAJI MOHD SALLEH (2014)
    Ketua Pengakap Negara

3. YH. DATO' DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN (2014)
    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

4. YB DATO' ZAINOL PADZI BIN PAHARUDIN (2014)
    Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak

5. YB. DATO' SERI ABDUL PUAT BIN MAT NAYAN (2014)
    Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

6. YB. DATO' HAJI MOHD GHAZALI BIN JALAL (2014)
    Pegawai Kewangan Negeri Perak.

7. YBHG. TUAN HAJI AHMAD AZAM SHAH BIN ABD. MAJID (2014)
    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

8. YBHG. MEJ. JEN. PROF. DATO' DR. ZIN BIN BIDIN (2019)
    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

9. YBHG. HAJI MATUSIN BIN ORANG KAYA SURA HAJI TUBA (2019)
    YDP Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

10.YBHG. MR. KOCHEM MEENHEM
     Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Pengakap, Wilayah Satun, Thailand

11.YBHG. MR. ROMLEE SUMALEE
     Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa, Wilayah Satun, Thailand

12.YBHG. ENCIK AZLAN BIN AMINUDIN
     Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

13.YBHG. ENCIK MAHIZAM BIN OMAR @ MANSOR
     Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

KATEGORI : BINTANG SERI MAHARAJA LELA - PERAK

1. YB. DATO' NOLEE ASHILIN BINTI MOHD RADZI (2014)
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

2. YB. DATO' SHAHRUL ZAMAN BIN YAHYA (2014)
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

3.YDH. DRS. H. HASAN BASRI AGUS (2014)
   Gabror Jambi

4. YDH. DATO' PADUKA AR. HAJI IDRIS BIN HAJI ABAS (2014)
    Presiden Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darul Salam

5. YGHG. TUAN FARIS BIN MOHD. HANIF (2014)
    Pegawai Daerah Manjung

6. YBHG. DATO' ZAMRI BIN MAN (2014)
    Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung

7. YBHG. TUAN HAJI AZIZUL AZHAR BIN ABDUL RAHMAN (2014)
    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

8. YBHG. TUAN HAJI MAT JAAFAR BIN MAT ZIN (2018)
     Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Perak


KATEGORI : PINGAT DATO' SAGOR - EMAS

1. ALLAHYARHAM AMIRUDDIN BAKI BIN HASHIM (2014)
    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

2. YBHG. TUAN HAJI NASARUDDIN BIN SAMSUDDIN (2014)
     Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

3. YBHG. PUAN ZAHARAH BINTI ABD. MANAF (2014)
    Setiausaha Kehormat, Majlis Pengakap Negeri Perak

4. YBHG. ENCIK MAHIZAM BIN MANSUR@OMAR (2014)
    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

5. YBHG. TUAN HAJI KHAIRUL BIN HAJI ABU KASSIM (2014)
    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

6. YBHG. ENCIK RAMLAN BIN HUSIN (2014)
    Pesuruhjaya Daerah Manjung

7. YBHG. ENCIK AZLAN BIN AMINUDDIN (2014)
    Penolong Pesuruhjaya Daerah Larut Matang dan Selama

8. YBHG. TUAN HAJI HASNI BIN HASSHIM (2018)
    Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

9. YBHG. ENCIK ZAINUDDIN BIN HAJI ISHAK (2019)
    Pegawai Eksekutif Pengakap, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

10.YBHG. ENCIK SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI  (2019)
     Timbalan Pengarah 1 (Kokurikulum) Bhgn.Pend. Men. MARA

11.YBHG. ENCIK JUFRI BIN ABDULLAH (2019)
     Pengurus Gagasan Insani Sdn Bhd

KATEGORI : PINGAT DATO SAGOR - PERAK

1. YBHG. TUAN HAJI MD RADZI BIN ISMAIL (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Larut Matang & Selama

2. YBHG. PUAN NATRAH BINTI AHMAD (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batang Padang

3. YBHG. ENCIK MOHAMED ZAMRI BIN ISMAIL (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Selatan

4. YBHG. ENCIK ZAHARI BIN OMAR (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Perak Tengah

5. YBHG. ENCIK AZZAT BIN HABIBULLAH (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kerian

6. YBHG. ENCIK SYAHRULNIZAM BIN RAMLI (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Perak

7. YBHG. ENCIK AINAL SUHAIDI BIN ADNAN SUHAIMI (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Utara

8. YBHG. ENCIK AMINUDIN BIN MAT LUDIN (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Kangsar

9. YBHG. ENCIK AMIN BIN HAMZAH (2018)
    Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hilir Perak

10. YBHG. ENCIK AFIZAM BIN HASAN (2018)
      Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bagan Datuk

11. YBHG. ENCIK ZAINAL ARIFF BIN MAT (2019)
      Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, IPGM

12. YBHG. DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan

13. YBHG. ENCIK MOHAMAD AKHIR BIN ABDUL LATIF  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Manjung

14. YBHG. PUAN HAJJAH SEPIAH BINTI MOHD SAPHI  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Kerian

15. YBHG. ENCIK MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

16. YBHG.TUAN HAJI SULAIMAN BIN SAMSUDIN  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

17. YBHG. TUAN HAJI SAIDIN BIN OSMAN.,AMP  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah

18. YBHG. ENCIK SAFUAN BIN RABAAI  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar  

19. YBHG. TUAN HAJI MOHAMED SHAFIE BIN ABDUL KARIM.PPT  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk

20. YBHG. MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON  (2019)
      Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang

21.YBHG. ENCIK CHOW FOO KUM  (2019)
      Pemimpin, Kumpulan Pengakap Kampar

Wednesday, November 4, 2015

PERKHEMAHAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015


Salam Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan mengadakan Ujian Pra Pentarafan Pengakap Raja sesi 2/2015. Bersama ini disertakan maklumat berkenaan untuk tindakan tuan.

Tarikh : 20 hingga 23 November 2015
Tempat : Kem Kota, Layanmg-layang Kiri, Bota, Perak.

1. Surat Jemputan 
2. Surat Kebenaran JPN
3. Arahan Pra Pentarafan Pengakap Raja 2015
4. Syarat-syarat Pondok Sementara.

Sekian untuk makluman pihak tuan. Sila hubungi ASC Mahizam ditalian 011-3383 5315 untuk keterangan lanjut.

Selamat berkhemah.
Credit Photo : DC Sharani Sulaiman.