PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Sunday, September 25, 2016

PERAK-OSAKA JOINT CAMP 2016


Salam Pengakap

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak dengan kerjasama Pengakap Osaka, Jepun akan mengadakan Perkhemahan Bersama Perak-Osaka 2016. (Perak-Osaka Joint Camp 2016)

Tarikh   :27 hingga 30 Disember 2016
Tempat : Kem Kota, Layang-layang Kiri,
               Parit, Perak

Bersama ini disertakan dokumen berkaitan.
1. Surat Jemputan untuk menyertai POJC2016
2. Surat Pelepasan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
3. Makluman POJC2016
4. Borang Penyertaan
5. Borang Pelepasan ibu bapa dan Borang Perakuan Kesihatan

Selamat berkhemah
Jalinkan Persahabatan Melalui Kepengakapan..

Nota:
Untuk maklumat lanjut sila hubungi ASC Voon Yeow Hong +6016-554 1680

JEMPUTAN MENYERTAI JAMBORI DI UDARA (JOTA) DAN JAMBORI DI INTERNET PERINGKAT DUNIA 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) atau lebih dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Se-Dunia akan menganjurkan Jamboree On The Air (JOTA) and Jamboree On The Internet (JOTI) Kali Ke-59 Peringkat Dunia Kali Ke-59, pada 14 hingga 16 Oktober 2016. Sehubungan itu Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan membuka 2 Stesen perhubungan bagi tujuan tersebut.

Antara objektif penganjuran Jamboree On The Air (Jota) ini adalah menjalinkan persahabatan melalui udara. Pengalaman berhubung dengan pengakap dari seluruh dunia dengan menggunakan perhubungan Radio Komunikasi. Program ini akan diadakan seperti tetapan berikut:

Tarikh                          : 14 hingga 16 Oktober 2016
Masa Pendaftaran  : 3.00 petang (14/10/2016)
Masa Bersurai           : 12.00 tengah hari (16/10/2016)
Tempat                      : Station A (Alfa)
      SK Kampung Boyan,
                                                                      34000 Taiping, Perak

                                                                      Station B (Bravo)
                                                                      SK Baru Parit Buntar,

                                                                      34200 Parit Buntar, Perak

Bersama ini dilampirkan 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelaras Jota Perak .En. Mohd Nizam bin Ali  Penolong Ketrua Pesuruhjaya Negeri (017-482 3398)

JEMPUTAN MENYERTAI JAMBORI DI UDARA (JOTA) DAN JAMBORI DI INTERNET (JOTI) PERINGKAT DUNIA 2016


Sukacita dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) atau lebih dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Se-Dunia akan menganjurkan Jamboree On The Air (JOTA) and Jamboree On The Internet (JOTI) Kali Ke-59 Peringkat Dunia Kali Ke-59, pada 14 hingga 16 Oktober 2016. Sehubungan itu Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan membuka 2 Stesen perhubungan bagi tujuan tersebut.

Antara objektif penganjuran Jamboree On The Air (Jota) ini adalah menjalinkan persahabatan melalui udara. Pengalaman berhubung dengan pengakap dari seluruh dunia dengan menggunakan perhubungan Radio Komunikasi. Program ini akan diadakan seperti tetapan berikut:

Tarikh                         : 14 hingga 16 Oktober 2016
Masa Pendaftaran  : 3.00 petang (14/10/2016)
Masa Bersurai           : 12.00 tengah hari (16/10/2016)
Tempat                      : Station A (Alfa)
     SK Kampung Boyan,
                                                                     34000 Taiping, Perak

                                                                      Station B (Bravo)
                                                                      SK Baru Parit Buntar,
                                                                      34200 Parit Buntar, Perak

Bersama ini dilampirkan 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelaras Jota Perak .En. Mohd Nizam bin Ali  Penolong Ketrua Pesuruhjaya Negeri (017-482 3398)

Thursday, September 1, 2016

TEMUDUGA CALON PENGAKAP RAJA 2016

Salam Pengakap

Tahniah diucapkan kepada semua calon Pra Penarafan Pengakap Raja 2016 yang telah lulus. Sehubungan itu anda layak untuk menghadiri temuduga yang akan diadakan pada tetapan berikut:

Tarikh   : 24 September 2016
Hari      : Sabtu
Tempat : Instutut Pendidikan Guru
               Kampus Ipoh, Perak

Persediaan Sebagai Calon Temuduga.
1. Memakai Pakaian Uniform Pengakap yang bersih dan lengkap.
2. Bawa bersama dokumen yang diminta oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja, Negeri Perak.
3. Bersedia dari segi mental dan fizikal.

Ilmu Kepengakapan
1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
2. Lagu Negaraku, Negeri Perak dan Patriotik
3. Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia
4. Buku-buku berkaitan Ilmu Kepengakapan yang telah dibaca.
5. Pengetahuan Am tentang Organisasi PPM.
6. Skima latihan Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana
7. Lencana Pengetahuan, Lencana Kemajuan dan Lencana Perkhidmata.
8. Pengetahuan Am.

Nota:
Saudara/ saudari yang layak akan dihubungi oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja , Negeri Perak

Monday, August 1, 2016

JAMBOREE ON THE AIR KALI KE-5 PERINGKAT KEBANGSAAN 2016




Tarikh : 6 Ogos 2016
Hari    : Sabtu
Tempat : SK Seri Selamat, 32000 Sitiawan, Perak

  a) Borang Perakuan Kesihatan
      b) Borang Kebenaran Ibu bapa/ Penjaga

Wednesday, July 13, 2016

Monday, July 11, 2016

JAMBORI PENGAKAP ASEAN KALI KE-5

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan Jambori Pengakap
Asean ke-5 seperti ketetapan di bawah:

Nama Jambori
Jambori Pengakap Asean ke-5

Tema
Kepelbagaian Budaya dan Warisan (Cultural and Heritage Diversity)

Tarikh
l5 hingga 20 September 2016

Tempat
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu

Status
Jambori Antarabangsa

Penyertaan
Melalui kontinjen negeri masing-masing

Yuran Jambori
RM 80.00 seorang (Ahli Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpin) - meliputi aktiviti-aktiviti Jambori, dan kit cenderahati Jambori.

Yuran Kontingen
Akan dimaklumkan

Maklumat lanjut, sila hubungi

Pn. Natrah binti Ahmad
Ketua Kontinjen Pengakap Perak
Merangkap
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batang Padang
Tel: +6011-2428 3452

3. Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Perak (Page1) (Page 2)

Thursday, June 2, 2016

Thursday, April 14, 2016

MAJLIS ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI, RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK 2016


Salam Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan mengadakan Majlis Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri, Rambu Pengakap Kanak-kanak 2016 pada tetapan berikut:

Tarikh   : 21 Mei 2016 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak
                Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
                Jalan Ghazali Jawi, Ipoh, Perak

Bersama ini dilampirkan
1. Lampiran 1 - Syarat Layak sebagai Penerima Anugerah Rambu
2. Lampiran 2 - Panduan Pendaftaran Calon Penerima Anugerah Rambu
3. Borang AR01 - Perakuan Calon Penerima Anugerah Rambu
4. Borang Rumusan Peserta/Pemimpin
5. Surat Jemputan ke Majlis Anugerah Rambu / Surat Pelepasan JPN / Borang Perakuan Kesihatan dan Borang Pelepasan Ibu bapa.

Kepada Calon Penerima Anugerah Rambu yang layak sila hubungi Pesuruhjaya Daerah masing-masing untuk keterangan lanjut.

Tahniah kepada Calon Penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Rambu Pengakap Kanak-kanak 2016

Thursday, April 7, 2016

PENGUMUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI KESAN CUACA PANAS_KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK

Salam Pengakap

Kepada
Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Penolong Pesuruhjaya Daerah, dan
Pemimpin Kumpulan

Selaras dengan arahan KPM, JPN dan PPD berkaitan dengan kesan cuaca panas yang melampau pada ketika ini, maka PPM Perak turut MENANGGUHKAN 2 program yang melibatkan pelajar.
1. Kem Penarafan Pengakap Raja dan
2. Kursus Asas Pertolongan Cemas, Peringkat Negeri Perak.

Bagi Program Anugerah Kecemerlangan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak 2016 akan diteruskan seperti yang dirancang kerana pelaksanaan 100% di dalam dewan.

Penangguhan ini berkuat kuasa SERTA MERTA sehingga ke satu tarikh baru yang akan ditetapkan kelak.

Saya mohon kerjasama semua ASC dan DC mengambil tindakan segera atas perkara ini. Segala kesulitan amat dikesali dan dipohon kemaafan.

Terima kasih.

Hj. Ahmad Azam Shah b. Abd Majid
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Perak Darul Ridzuan.
07 April 2016

Thursday, February 18, 2016

KEPUTUSAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015

Salam Pengakap!
Kepada;
Calon Pengakap Raja 2015
Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Perak telah mengesahkan Keputusan Pra Pentarafan Pengakap Raja bagi tahun 2015. Bersama-sama ini saya sertakan senarai keputusan untuk perhatian saudara/saudari.
Surat tawaran Pentarafan Pengakap Raja 2016 akan menyusul kepada semua calon yang berjaya. Kami memohon saudara/saudari mula membuat persediaan awal untuk Pentarafan Pengakap Raja pada bulan April nanti.
PPM Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon-calon yang berjaya.
Maklumat tambahan: Kepada CPR LULUS BERSYARAT perlu melengkapkan buku log dan di hantar untuk di semak semasa Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja pada 26 - 28 Februari 2016. Harap Maklum.

Sekian, Terima Kasih,
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
Yang Menjalankan Tugas,

Raymond Chow
Sekretariat Lembaga Pentaraf Pengakap Raja
Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuesday, February 16, 2016

KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP REMAJA, PERINGKAT NEGERI PERAK 2016



Salam Pengakap
Salam Perak Aman Jaya

Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja, Peringkat Negeri Perak 2016 pada tetapan berikut.
Tarikh : 26 hingga 28 Februari 2016
Tempat : Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit, Perak.
Masa Melapor Diri : 3.00 petang (Jumaat / 26 Februari 2016)
Masa Bersurai : 2.00 petang (Ahad / 28 Februari 2016)

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Mahizam bin Omar@Mansor ditalian 019-558 4511

Bersama ini disertakan 
2. Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak
3. Syarat-syarat Penyertaan
4. Borang Pelepasan Ibu bapa/ Penjaga
5. Borang Perakuan Kesihatan.

SELAMAT BERKURSUS


Friday, February 5, 2016

MASALAH MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN 2016

Salam Pengakap

Admin mohon maaf sekiranya tuan/puan menghadapi masalah semasa muat turun Borang Pendaftaran Keahlian Pengakap 2016.

Kami telah cuba perbetulkan sistem,
Terima kasih atas perhatian pihak tuan.

Sunday, January 24, 2016

NO.KEAHLIAN - CALON PENGAKAP RAJA 2016

Salam Pengakap

Bersama ini dilampirkan Senarai Calon Pengakap Raja 2016 berserta No. Keahlian 2016.

1. Surat makluman kepada Pemimpin sekolah.
2. Senarai Calon Pengakap Raja 2016

Thursday, January 7, 2016

BORANG-BORANG PPM

1. BORANG PENDAFTARAN 2016 
    * Sila gunakan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pengakap Perak 2016.

2. BORANG PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP (INDIVIDU) PPM-1A
    Untuk Rekod Kumpulan - Simpanan fail kumpulan.

3. BORANG PENDAFTARAN AHLI DEWASA (INDIVIDU) PPM 1-B
    Untuk Rekod Kumpulan - Simpanan fail kumpulan.

4. BORANG PENCALONAN TAULIAH PESURUHJAYA (PPM-9)

5. BORANG TAULIAH SEBAGAI PEMIMPIN KUMPULAN. (PPM-9A)

6. BORANG PERMOHONAN KUMPULAN BARU (PPM-8)

7. BORANG PENDAFTARAN KUMPULAN KELANA BARU (PPM-9C)

8. BORANG PENDAFTARAN DAERAH PPM - 1/6

NOTA:
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada PPM Daerah.

BORANG PENDAFTARAN PENGAKAP DAN KUMPULAN 2016

Bahagian Maklumat:
Arahan:
Sila penuhkan maklumat kumpulan.

1. Sila pilih daerah berkenaan.
2. Sila masukkan No. Kumpulan. (No. Kumpulan sahaja @ 123 )
3. No, Pendaftaran Malaysia   Eg: M100167 
4. Nama Kumpulan / Sekolah
5. No. Telefon / No. Fax
6. Pemimpin Kumpulan 
7. No. H/p pemimpin.


Maklumat Pengakap.
1. Nama dengan HURUF BESAR.
2. No. Kad Pengenalan (tanpa - , /   )
3. Jantina (L-Lelaki) (P-Perempuan)
4. Kaum (M-Melayu)(C-Cina) (I-India) (L-lain-lain)
5. Unit (Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja)
6. Nama Kumpulan / Sekolah
7. No. Ahli (Kosongkan) * No.Ahli akan diberikan oleh PPM Perak.


Maklumat Pesuruhjaya/Pen. Pesuruhjaya/Pemimpin/Pen.Pemimpin/Kuasa Penganjur dll.
1. Nama dengan HURUF BESAR.
2. No. Kad Pengenalan (tanpa - , /   )
3. Jantina (L-Lelaki) (P-Perempuan)
4. Kaum (M-Melayu)(C-Cina) (I-India) (L-lain-lain)
5. Jawatan (Sila pilih jawatan yang sesuai)
6. Nama Kumpulan / Sekolah
7. No. Ahli (Kosongkan) * No.Ahli akan diberikan oleh PPM Perak. 


Maklumat Pengakap Kelana.
1. Nama dengan HURUF BESAR.
2. No. Kad Pengenalan (tanpa - , /   )
3. Jantina (L-Lelaki) (P-Perempuan)
4. Kaum (M-Melayu)(C-Cina) (I-India) (L-lain-lain)
5. Unit (Pengakap Kelana)
6. Nama Kumpulan / Sekolah
7. No. Ahli (Kosongkan) * No.Ahli akan diberikan oleh PPM Perak.



Borang PPM 2A (Borang Kawalan)
Borang Kawalan hanya untuk paparan 

SILA DAPATKAN PENGESAHAN KUASA PENGANJUR SEBELUM SERAHKAN KEPADA PPM DAERAH MASING-MASING.


SEMAK NO. PENDAFTARAN KUMPULAN/SEKOLAH.




1.   Setelah dipenuhkan maklumat, sila "Save As" fail ini.

2.   Rename kepada Nama Kumpulan Anda Contoh:  SK JATI  @ SK JATI TAMBAHAN
3.   Kumpulan Kelana, Contoh: "LMS_Kelana Aman / Batang Padang_Kelana B "
4.   Kelana Sekolah sila daftar bersama dengan Kumpulan Sekolah.

5.  Sila email fail ini ke - pendaftaran_2016@yahoo.com

6.  Print Borang ini dan sila dapatkan pengesahan Kuasa Penganjur.  

     Sila Serahkan Borang (yang telah di"print") dan Cek Pembayaran atau Bukti Pembayaran (photostat),kepada PPM Daerah masing-masing.


Sebarang Pertanyaan sila hubungi Pesuruhjaya Daerah masing-masing.
Tarikh Tutup Pendaftaran - Bulan Oktober 2016
Pendaftaran Lewat tidak akan dikeluarkan Kad Keahlian 2016