PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Thursday, April 14, 2016

MAJLIS ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI, RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK 2016


Salam Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan mengadakan Majlis Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri, Rambu Pengakap Kanak-kanak 2016 pada tetapan berikut:

Tarikh   : 21 Mei 2016 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak
                Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
                Jalan Ghazali Jawi, Ipoh, Perak

Bersama ini dilampirkan
1. Lampiran 1 - Syarat Layak sebagai Penerima Anugerah Rambu
2. Lampiran 2 - Panduan Pendaftaran Calon Penerima Anugerah Rambu
3. Borang AR01 - Perakuan Calon Penerima Anugerah Rambu
4. Borang Rumusan Peserta/Pemimpin
5. Surat Jemputan ke Majlis Anugerah Rambu / Surat Pelepasan JPN / Borang Perakuan Kesihatan dan Borang Pelepasan Ibu bapa.

Kepada Calon Penerima Anugerah Rambu yang layak sila hubungi Pesuruhjaya Daerah masing-masing untuk keterangan lanjut.

Tahniah kepada Calon Penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Rambu Pengakap Kanak-kanak 2016

Thursday, April 7, 2016

PENGUMUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI KESAN CUACA PANAS_KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK

Salam Pengakap

Kepada
Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Penolong Pesuruhjaya Daerah, dan
Pemimpin Kumpulan

Selaras dengan arahan KPM, JPN dan PPD berkaitan dengan kesan cuaca panas yang melampau pada ketika ini, maka PPM Perak turut MENANGGUHKAN 2 program yang melibatkan pelajar.
1. Kem Penarafan Pengakap Raja dan
2. Kursus Asas Pertolongan Cemas, Peringkat Negeri Perak.

Bagi Program Anugerah Kecemerlangan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak 2016 akan diteruskan seperti yang dirancang kerana pelaksanaan 100% di dalam dewan.

Penangguhan ini berkuat kuasa SERTA MERTA sehingga ke satu tarikh baru yang akan ditetapkan kelak.

Saya mohon kerjasama semua ASC dan DC mengambil tindakan segera atas perkara ini. Segala kesulitan amat dikesali dan dipohon kemaafan.

Terima kasih.

Hj. Ahmad Azam Shah b. Abd Majid
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Perak Darul Ridzuan.
07 April 2016