PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Wednesday, March 24, 2021

MERAIKAN CALON DEWAN BELIA PERAK 2021... SEMOGA BERJAYA

 







Meraikan rakan-rakan dari pengakap yang akan turut bertanding bagi mewakili Dewan Belia Perak 2021. Saudara Muhammad Haiqal Syahid Calon N45-Simpang Pulai. dan Saidari Nur Fathanatun Najwa, Calon N33- Tronoh.
Turut hadir pada malam tersebut Tuan Hj Ahmad Azam Shah (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak), Tn. Hj. Khairul, Tn. Hj Azizul Azhar  dan Saudara Rizal.

Tahniah Pengakap Perak ucapkan. 
Selamat Berjaya.

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MENTERI BESAR PERAK.

 Tarikh  : 17 Mac 2021
Masa    :  3.00 pm
Tempat : Pejabat Menteri Besar Perak









SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA.









 

Tuesday, February 2, 2021

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2021

Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/(01)

Tarikh     : 03 Februari 2021

Assalamualaikum
Salam Pengakap

Y.Bhg. Tuan/Puan,

 PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2021

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. Surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak JPNPk.SPM.KOKU600-3/3/12(46) bertarikh 29 Januari 2021 adalah berkaitan.

 2.         Bersama ini dilampirkan

            2.1      Hebahan Pendaftaran Keahlian Tahunan Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 2021 dari Jabatan Pendidikan Perak.

            2.2      Pendaftaran Keahlian Tahunan Bagi Tahun 2021 dari Ibu pejabat, Persekutuan Pengakap Malaysia.

            2.3      Kenaikan Bayaran Yuran Pendaftaran Kumpulan Persekutuan Pengakap Malaysia dan Kaedah Mengutip Yuran Keahlian Melalui Unit.

            2.3       Borang Pendaftaran Keahlian Tahunan 2021.

 

Sekian untuk makluman tuan, kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan disanjung tinggi, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

 

Saya yang menjalankan tugas,

Persekutuan Pengakap Malaysia,

 

 

 

(HAJI KHAIRUL BIN HAJI ABU KASSIM A.M.P)

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Persekutuan Pengakap Malaysia

Perak Darul Ridzuan.

 

s.k :         -               Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

                -               Jabatan Pendidikan Negeri Perak
                -               Pejabat Pendidikan Daerah

                -               fail


Wednesday, February 26, 2020

KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP REMAJA 2020

Salam Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja kursus kepada Pengakap Remaja berusia 16 hingga 17 tahun. (Tingkatan 4 & 5)

Tarikh : 27 hingga 29 Mac 2020
Tempat: Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit, Perak
Bayaran Penyertaan : RM30.00

Bersama ini disertakan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Raymond ditalian 012-630 9529

Thursday, January 23, 2020

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3(1)


KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3(1)
- UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
- UNIT PENGAKAP MUDA
- UNIT PENGAKAP REMAJA

PERMAKLUMAN AWAL.

Tarikh : 28-29 Feb-1 Mac 2020
Hari    : Jumaat-Ahad
Masa Pendaftaran  : 3 petang - 28hb Feb 2020 (Jumaat)
Masa Tamat : 4 petang - 1hb Mac 2020 (Ahad)
Tempat: Pusat Latihan Kepimpinan Pelajar MARA, 
              Changkat Berangan Lenggong Perak. (PUSKEP)
Bayaran Penyertaan : RM130

Syarat Penyertaan:-
1. Telah memiliki sijil Pengenalan
2. Telah memiliki sijil Peringkat Satu unit yg disebut diatas.
3. Telah menyiapkan tugasan Peringkat II dan mempunyai buku log peringkat II.
4. Semua peserta dari tahun 2016 sehingga 2019

Permohonan boleh diajukan melalui Pengerusi Latihan Daerah masing-masing.

Satu surat panggilan dan surat pelepasan JPN akan dikeluarkan dlm masa terdekat ini.

Sekian. Terima kasih.

Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Perak

Thursday, January 16, 2020

KEM UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA 1, PERINGKAT NEGERI PERAK 2020

Salam Pengakap

Kepada Calon Pengakap Raja 2020 yang layak (Sila Rujuk Lampiran)
Kem Ujian Penarafan Pengakap Raja, Bahagian 1 Peringkat Negeri Perak 2020 akan diadakan seperti tetapan berikut:

Tarikh : 20 hingga 23 Februari 2020
Tempat : Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit, Perak

Semoga semua Calon Pengakap Raja siap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran ini. Sebarang Pertanyaan sila hubungi Tn. Raymond ditalian +60 12-630 9529

Syabas dan Tahniah diucapkan.