PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Thursday, August 21, 2014

PENDAFTARAN LEWAT / TERCICIR

Perkhemahan KOROBORI Pengakap Perak hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Setiap penyertaan hendaklah dari ahli pengakap yang berdaftar sahaja. Adakah anda sudah berdaftar?
Jika sekolah atau kumpulan anda telah berdaftar tetapi ada diantara ahli pengakap sekolah yang masih belum berdaftar atau tercicir...

Anda masih boleh berdaftar dengan Pendaftaran Lewat atau Tercicir.


Sila muat turun Borang di sini.

Wednesday, August 6, 2014

KOROBORI PENGAKAP NEGERI PERAK 2014

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, PERAK DARUL RIDZUAN akan menganjurkan 
KOROBORI PENGAKAP NEGERI PERAK pada tetapan berikut;


Tarikh                      : 13 September hingga 16 September 2014

Tema                       : Apresiasi Kebudayaan Dan Pelancongan

Tempoh                   : 4 hari 3 malam

Tempat                    : Tapak Perkhemahan, Teluk Batik, Lumut, Perak


Sasaran Peserta     : Pengakap Kanak-kanak (Keahlian 2014)

Penyertaan             : Secara kumpulan menerusi PPM Daerah masing-masing.

Yuran Penyertaan   : RM50.00 (Ringgit Malaysia, Lima Puluh Sahaja)

             seorang.  Yuran ini meliputi aktiviti Korobori, pengangkutan

             semasa lawatan dan kit Korobori (Baju T, Lencana

             Korobori, Lencana Aktiviti, Tag Nama, Gelang tangan dan

             Sijil Penyertaan)

Aktiviti                       : Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan,

  persembahan kebudayaan, permainan tradisi, khidmat

  masyarakat, radio amatur dan lain-lain.



3.         Semua penyertaan hendaklah melalui Pesuruhjaya Daerah masing-masing. Penyertaan bergantung kepada kouta yang ditetapkan kepada daerah-daerah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengakap Daerah masing-masing.

4. Borang Penyertaan (Sila Klik di bawah)
a) Surat Jemputan Menyertai Korobori / Surat Kebenaran Pelepasan Jabatan Pendidikan Perak dan Borang Perakuan Kesihatan.
b) Borang Penyertaan Individu.(Kebenaran Ibubapa/Guru Besar Menyertai Program)
c) Borang Kawalan Berkelompok_ Tindakan PPM Daerah
Borang ini hendaklan diserahkan kepada pengurusan Pengakap Daerah masing-masing.

KOROBORI adalah sinonim dengan perkataan JAMBOREE.
JAMBOREE adalah perhimpunan Pengakap Muda/ Remaja dan dewasa dengan aktiviti yang telah dirancang. Manakala KOROBORI adalah himpunan Pengakap Kanak-kanak dengan aktiviti yang telah dirancang dengan kawalan Pemimpin Pengakap.