PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Thursday, April 7, 2016

PENGUMUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI KESAN CUACA PANAS_KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK

Salam Pengakap

Kepada
Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Penolong Pesuruhjaya Daerah, dan
Pemimpin Kumpulan

Selaras dengan arahan KPM, JPN dan PPD berkaitan dengan kesan cuaca panas yang melampau pada ketika ini, maka PPM Perak turut MENANGGUHKAN 2 program yang melibatkan pelajar.
1. Kem Penarafan Pengakap Raja dan
2. Kursus Asas Pertolongan Cemas, Peringkat Negeri Perak.

Bagi Program Anugerah Kecemerlangan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak 2016 akan diteruskan seperti yang dirancang kerana pelaksanaan 100% di dalam dewan.

Penangguhan ini berkuat kuasa SERTA MERTA sehingga ke satu tarikh baru yang akan ditetapkan kelak.

Saya mohon kerjasama semua ASC dan DC mengambil tindakan segera atas perkara ini. Segala kesulitan amat dikesali dan dipohon kemaafan.

Terima kasih.

Hj. Ahmad Azam Shah b. Abd Majid
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Perak Darul Ridzuan.
07 April 2016

No comments:

Post a Comment