PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Friday, September 4, 2015

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS, PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

Salam Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas, Peringkat Negeri Perak 2015.

Tarikh : 11 September hingga 13 September 2015
Tempat: SMK Bercham, Ipoh
Masa Lapor Diri : 4.00 petang (Jumaat)
Masa bersurai : 2.00 petang (Ahad)

Kursus ini bertujuan untuk melatih ahli pengakap dengan ilmu kemahiran Pertolongan Cemas yang lebih sistematik dan bertauliah.

Yuran Penyertaan sebanyak RM70.00 sahaja meliputi Sijil Asas Pertolongan Cemas yang diiktiraf (sah laku selama 3 tahun), Makan/minum dan penginapan.

Tenaga Jurulatih yang bertauliah dari St John Ambulans Malaysia berdasarkan Buku Panduan Pertolongan Cemas Piawai SJA/SAA yang di selaraskan oleh badan gabungan Ambulans dan Perubatan Se Dunia.

Sasaran Penyertaan : Ahli Pengakap  Remaja , Pengakap Kelana dan Pemimpin Kumpulan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Voon Yeow Hong ( Penolong Ketua Pesuruhjaya, Pengakap Negeri Perak ) ditalian 016- 520 1680.


Bersama ini disertakan.
1. Surat Jemputan menyertai Kursus Pertolongan Cemas, Peringkat Negeri Perak 2015.
2. Surat Pelepasan menyertai kursus dari Jabatan Pendidikan Perak.

Selamat Berkursus...