Monday, March 1, 2010

Suatu permulaan....

1 Mac 2010 - adalah permulaan bagi PPM Negeri Perak dalam arena blog dengan terhasilnya blog ini, dan menjadi harapan pihak PPM Perak agar menjadi wadah dalam mengetengahkan prinsip-prinsip pengakapan selain menjadi Buletin dan Notis PPM Perak.

Segala berita, notis dan pemberitahuan akan dipaparkan di sini sebagai sumber maklumat semua ahli pengakap amnya di negeri Perak.

Once a scout, always a scout - itulah prinsip yang dipegang oleh semua ahli pengakap di seluruh dunia tanpa mengira kaum, jantina, usia dan pangkat. Krisis, konflik dan perbezaan budaya dan adat resam tidak sepatutnya menjadi batu penghalang untuk meneruskan sumbangan dalam pengakap.

Patah tumbuh hilang berganti. Setiap yang bermula pasti akan berakhir, namun pengakap akan terus hidup dan berkembang setiap hari sesuai dengan peralihan zaman.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Pengakap menganjurkan prinsip persaudaraan, dalam undang-undang pengakap yang sepuluh itu telah tercatat "bersahabat" dan juga "suci fikiran, perkataan dan perbuatan".

Fikir-fikirkan renung-renungkan untuk kebaikan semua, di atas nama PENGAKAP NEGERI PERAK.

Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment