Monday, March 1, 2010

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Tarikh : 27 Februari 2010
Tempat : Bilik Perdana, Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Tetamu :

1. YBhg Dato' Hj Kaharuddin bin Momin (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara)
2. Tn Hj Nasaruddin bin Shamsuddin (Penolong KPPN)
3. En Khairul Anuar Al-Sazali bin Musa (Pengerusi Majlis Belia Malaysia, Perak)
4. En Wan Ahmad Saiful (Pen Pengarah Unit Kokurikulum JPN)


Pada tarikh tersebut, KPPN telah menganugerahkan Manikayu 3 beads kepada :
- En Mahizam bin Omar
dan Manikayu 2 beads kepada :
- En Mohd Ramli bin Mohd Baki
- En Azmi bin Ismail
- En Badrul 'Azam bin Borhan

Tn Haji Nasaruddin juga telah menyempurnakan pentauliahan menjawat jawatan ASC dan DC kepada beberapa muka baru. TAHNIAH

Selepas rehat, Mesyuarat bermula dengan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, En Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid dengan dipantau oleh Tn Haji Nasaruddin yang mewakili Ibu Pejabat dan En Wan Ahmad Saiful yang mewakili Jabatan Pelajaran Perak.

Pelbagai isu telah dibincangkan dalam hala tuju pergerakan pengakap negeri Perak, dan juga beberapa keputusan telah diputus dan dipersetujui bersama oleh semua Ahli Majlis.

Laman Web Pengakap Negeri Perak (www.ppmperak.net) juga telah dilancarkan dengan rasmi oleh KPPN.

Mesyuarat berakhir jam 3.00 petang dan disambung dengan Mesyuarat Kelana Negeri yang berakhir jam 6.00 petang.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir

"Sekali Berpengakap Terus Berpengakap"

untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila lawati laman web ppmperak.net (lihat ruangan album) atau terus ke ppmperak.fotopages.com


sekian
































































































0 comments:

Post a Comment